Wednesday, August 5, 2015

Kerja yang tertangguh

Alhamdulillah..akhirnya tengahari ni siap juga 1 of my in-queue list-to-do.

Buka buku Tabung Haji untuk my cutie pie Haszmi. Abang kakak sume dah ada buku, tinggal la dia sorangnye belum buat sebab masa Umi buka buku abang kakak, si kecik ni belum lahir lagi. Dan plan nak buat buku ni sejak umurnya sebulan, now dh setahun setengah baru tercapai...Duit orang sedekah dah banyak. Lama dah Umi duk simpan duit adik ni. Siap jadi loan lg gtu...

Ngeh....ngeh...

Thursday, July 30, 2015

A Gift

Hadiah dari kawan ofis sempena raya & perpisahan sekali kutt...

Hiks...hiks..

Tq my dear adik Najla

Wednesday, July 22, 2015

Malam ni...

Hari ni masih bekerja. Ada lagi 10 minit nak balik, sempat jot down sini sat.

Kepala masih serabut bilamana beg baju belum siap packing langsung. Packing untuk 6 orang ye..huhu..Nak buat macam mana. Kunjungan raya pun masih belum putus. Terpaksala tetamu didahulukan. Jadi urusan nak balik kampung taruk belakang dulu.

Malam tadi pun, bila tetamu dah balik, baru rushing nak membakar kek gula hangus untuk dibawa balik. Almaklumlah demi memenuhi permintaan adik tersayang. Kek ni mesti tidak dilupakan. Nak membakar 6 biji kek dalam satu malam memang memakan masa, apatah lagi bila proses mula lewat. Jadi malam tadi lewat jugalah masuk tidur. Mujur pagi ni tak terbabas tidur. Jalan pula masih lengang. Alhamdulillah, sempat sampai awal ke ofis. Tapi di ofis ni dah jd mcm zombie lah. Tengahari ngantuk tak tertahan dah. Nasib baik boleh celah tidur juga. Okla sikit rasa.

by Ummu Gula Hangus

Bagi mereka yang menggemari kek tradisional ni, bolehla order sini. InshaaAllah sedap. Sekali cuba pasti nak lagi...hihi

FB: Ummu Gula Hangus
Blog: ummieshop.blogspot.com

Cukup tak 6 ketul? 3 tinggal umah mertua, 3 bawa balik umah kat kampung..tak cukup lagi tak taulah...haha

Oklah. Nak balik dah. Sampai umah je, terus nak kena packing ni sebab malam ni nak bertolak dah...hebat kan....haha..tak taulah pukul bape baru leh jalannye...Ok Bye!

Sunday, July 5, 2015

Sahur, Stay-Up & Athma...

Sahur awal pagi ni, 4.49 am. Makan sorang plak tu sbb hubby away to KB, jd 10 min dah siap. Layan mata yang tak ngantuk, jadi kumelipat kain yang bertimbun sambil layan my doter play-play travelling.

Leave her bags with me, go drive for a while, arrive and came back to take her bags again. And this continues until how many times...? Haha...I also dont know. Walaupun malam tadi tak tidur langsung, tiada riak keletihan di wajahnya. Macam tu lah kids kan. Tadi siap bersahur dengan Umi lagi. Hasya bab makan mmg on aje. Kalu tak, takkan tombam sebegini...haha 


Kenapa Hasya tak tido?

All night tak tido. Its started a night before. Dasyat anakku tahan mata. Lampu bilik tak padam. Rianglah dia main. Sebelum tu pun, dia mmg ada tido time maghrib sampai ke 10 or 11 malam, thats whylah mata tak ngantuk.

Kebetulan plak 2 malam lepas, Abang Nan semput. Sebab tu lah Umi pun takleh padam lampu bilik. Just prepare kut-kut Abang akan muntah sebab batuknya pun non stop (athma attack just started). Balik dari school, Abang dah mula menunjukkan tanda. Puasa pun tak larat dah. Dia request nak makan, so Ummi pun bagilah. After makan tu lah, mula batuk yang makin teruk. Means Abang perlu mumuntahkan balik apa jua yang menyebabkan tekaknya gatal. Lepas tu baru akan ok.

Dari Maghrib sehingga keesokan paginya batuk terus mengganggu. Yes, few times jugak Abang terjaga dari tidur sebab tu, dan agak lama juga nak tunggu Abang muntah. Kesian Abang. Nasib baiklah kena time cuti. Tak perlulah gi klinik nak ambil mc.

Alhamdulillah...after 1 day struggling dengan batuk, today Abang getting better. Semalam masih ditahan untuk terlalu aktif dan mendekati benda-benda sejuk, Ummi just supplies him with Omega Guard + Mealshakes from Shaklee, sebab tak nak biasakan dia dengan ubat klinik. Today Alhamdulillah dah clear. But still continue the supplemen. Abang dah boleh main macam biasa. Makan pun dah ok. Syukur sangat.

Tentang Hasya pula, malam tadi, Hasya mengamuk bila Umi padamkan lampu, so Umi mengalah. Tonight?..hmm...jangan harap! Sebab esok Ummi kerja sayang.. Hopefully no more stay-up, ok dear! Hihi..

Friday, February 27, 2015

Penalti RM12,000!!

Oh tidak!!! Mana nak cekau RM12,000 hoiiii...sakit pula hati ada kes macam ni tau!

Inilah nasib first timer membeli rumah. Even my husband pun tak alert benda ni. Inikan pula isterinya. Ummi ni yang langsung tak berapa faham pasal t&c agreement sume. Mostly my hubby yang tolong explainkan. Pasal insuran, mortgage la. Sebenarnya masih belum fully faham, tapi buat-buat faham je..hihi. Janji kutahu nanti dapat kunci, kita tinggal bayar loan bulan-bulan ja.
Dengar kata pemaju dah mula edarkan surat untuk bagi kunci kat penghuni fasa seterusnya. Kitorang termasuklah tu. Fasa awal ramai yang dah masum rumah masing-masing. Rumah kitorang yang deret sebelah je. Sebab tu lah tak sabo2 nak tunggu dapat kunci ni..

Tiba-tiba, ramai geng-geng setaman update kat group whatsapp about this PENALTY!! Ada yang kena 1K, 2K, 5K, 13K, 20K pun hadoo. Mak aii punya banyak. Boleh buat duit muka nak beli rumah lagi satu....huhuhu. Terus meloncat cik abangku.

Ingatkan dah setel lah dengan developer ni kan. Dah setel dengan lawyer and bank sume, ingatkan ok dah la. Bayar bulan-bulan yang belum full tu memang sharp suamiku bank in bulan2. Tak pernah lambat kut. Even dalam S&P pun takde mention pasal ni kutt..uwaaaaa....apo nak buat..
Member kata boleh buat rayuan. Ada yang 1K tu bolehlah release, tapi kalo dah puluh2 ribu...manalah nak lepas sume kan...bolehla diskaun sekian-sekian. Lepas tahu pasal PENALTY ni, hubby terus call lawyer dan bank. Minta kronologi payment release sume. Balik umah semalam, taraaaa hubby wat surprise gitu..12K sayangku....huahuahua..

PENALTY apooo ko bondonye tu?? Actually kitorang pun masih dalam kebingungan sebab prosedur ni berkaitan dengan lawyer, bank dan developer. Tapi caj tu kita yang kena bayorr...hohoiiiii....hoi....rasa nak nyanyi lagu m daud kilau plak.


Suratnya dah sampai. Nanti ummi update lagi tau. Bye.

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...